Wednesday, June 18, 2014

PENGAMBILAN MURID PRASEKOLAH DAERAH SEPANG SESI 2015

Permohonan kemasukan murid prasekolah ke Prasekolah KPM bagi sesi 2015 telah dibuka mulai 1 Jun 2014 sehingga 30 Ogos 2014. Borang permohonan boleh diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan sekolah-sekolah berikut:


  1. SK Sungai Rawang
  2. SK Bukit Bangkong (A)
  3. SK Sungai Pelek
  4. SK Salak
  5. SK Bukit Tampoi (A)
  6. SK Kampung Baharu Lanjut
  7. SK Jenderam
  8. SK Jenderam Hilir
  9. SK Dengkil
  10. Sk Sungai Merab Luar
  11. SK Desa Putra
  12. SK Dato' Abu Bakar Baginda
  13. SK Pulau Meranti
  14. SK Bandar Baru Salak Tinggi
  15. SK Taman Seroja
  16. SK Taman Pantai Sepang Putra
  17. SK Taman Putra Perdana
  18. SK Kota Warisan
  19. SK Cyberjaya
  20. SK KLIA
  21. SK Taman Putra Perdana 2
  22. SK Desa Pinggiran Putra (sekolah baru)
  23. SJKC Wah Lian
  24. SJKC Sepang
  25. SJKC Dengkil
  26. SJKT Bandar Baru Salak Tinggi
  27. SJKT Dengkil
  28. SJKT Taman Permata
  29. SJKT Sepang
  30. SJKT Ladang Teluk Merbau
  31. SJKT Ladang West Country Barat
  32. Tadika Halimatussaadiah (Institut Perguruan Islam, Bangi- IPIS)

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan ke sekolah yang dipohon sebelum atau pada 30 Ogos 2014. Permohonan berjaya atau tidak akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga pada akhir Oktober nanti. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan guru prasekolah di sekolah yang menawarkan program prasekolah atau saya di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

Monday, May 20, 2013


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU PRASEKOLAH DAERAH SEPANG KHUSUSNYA DAN SEMUA GURU DI MALAYSIA AMNYA.

Friday, January 4, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013




Alhamdulillah, kita masih lagi dapat meneruskan sesi Persekolahan bagi Tahun 2013. Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun yang terbaik bagi Prasekolah Daerah Sepang. Terima kasih atas kerjasama bagi tahun 2012.

Program Khatam Muqaddam Prasekolah 2012

Program ini telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2012 bertempat di SK Taman Seroja. Yang Berbahagia En. Helmy bin Arshad Yang Dipertua PIBG SK Taman Seroja telah merasmikan program ini. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Mat Jah bin Roslan turut hadir ke program ini. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, guru besar, guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan juga kepada semua pihak yang memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.









Tuesday, July 24, 2012

Program Grafitti 1 Malaysia

Sekadar untuk mengingatkan kepada semua guru prasekolah mengenai Program Grafitti 1 Malaysia. Diharap dapat menyiapkannya sebelum atau pada 10 September 2012. Semua hasil kerja akan dikumpulkan pada 12 September 2012 untuk dihantar ke Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor.

Tuesday, July 17, 2012

Ujian Cambridge Placement Test (CPT)

Ujian CPT akan dijalankan pada 18 Julai 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang bermula jam 2.30 petang. Ujian akan dimulakan tepat jam 3.00 petang. Kepada semua guru prasekolah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di kelas prasekolah masing-masing wajib menduduki ujian ini.

Thursday, June 28, 2012

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang Zon Sungai Pelek

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang Zon Sungai Pelek telah berjaya dilaksanakan pada 27 Jun 2012. Terima kasih kepada SK Taman Pantai Sepang Putra yang menjadi tuan rumah kejohanan untuk Zon Sungai Pelek. Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini. Tidak lupa kepada para ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak prasekolah. Bertemu lagi di Zon Bandar Baru Salak Tinggi dan Zon Cyberjaya/Putra Perdana.